July 7, 2011

As Hammer to Anvil

The Gods of gore return with their first album in over eight years!



Exhumed- All Guts, No Glory.

Barang baik ni brader!

July 3, 2011

Flesh-Devouring Pandemia



Mantap sepertia biasa. Tidak mengeciwakan!

Ggggrrrrrrrrrrrr

Hamba Abdi kepada Tuhan Mesin

June 30, 2011

Kene Pecat dengan Mandor

Dua orang yang bertetangga berbicara mengenai pekerjaan, ketika salah seorang bertanya, "Katakan, mengapa mandor perusahaan memecatmu?"

Balas orang kedua, "Hmm, kamu tahu kan bagaimana seorang mandor selalu berdiri, berkeliling dan melihat yang lain melakukan perkerjaan. Mandor saya cemburu, kerana orang mulai berfikir bahwa saya adalah mandor."

May 24, 2011

May 21, 2011

Meluahkan Perasaan

Adalah mudah untuk meluahkan perasaan cinta kepada seseorang. Yang penting anda yakin bahawa orang itu sudah bersedia untuk menerima cinta anda. Pastikan anda sudah mengenali hati budinya dan dia pun sudah mengenali hati budi anda barulah anda meluahkan perasaan cinta tersebut. Seeloknya luahkan perasaan cinta itu selalu, paling kurang sekali sehari. Ia adalah sebagai jaminan yang cinta anda tidak pernah berubah.

Tetapi bagaimana pula dengan perasaan marah? Tidak dinafikan dalam perhubungan percintaan, ada masa turun ada masa naik. Ada ketikanya kita akan rasa sesuatu yang tidak kena, dan kita perlu meluahkannya, tapi tidak sampai hati, takut awek itu merajuk dan lari. Inilah masanya untuk anda menguji cinta si dia, samaada ia boleh bertahan dengan anda atau tidak. Jika dia sanggup menerima teguran atau luahan anda dan berusaha untuk mengubah, maka harapan perhubungan anda akan cerah.

Cuma cara teguran itu biarlah berlapik dan tidak melukakan hati, jangan gunakan perkataan-perkataan yang menilai seperti bodoh, bangang, salah, jahil, dan sebagainya. Tanya sebabnya mengapa dia melakukan perkara tersebut, jika alasannya tidak munasabah, berikan cadangan yang anda rasa lebih sesuai dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa si dia perlu berubah.

Ingat, bak kata orang putih there is no right or wrong, only opinion. Hari ini mungkin anda sangka anda betul, tetapi belum tentu anda akan betul selamanya. Jadi sebelum menegur pertimbangkan dahulu rasionalnya perasaan anda itu, mungkin ianya tidak logik untuk ketengahkan.

p/s Anak Paiman please take note.

May 16, 2011

Hari Cikgu

Selamat Hari Cikgu kepada semua cikgu-cikgu.
Terutama cikgu Ho Fatt Hock.


Teach now or die!

p/s rancangan makanan tambahan dah pupus ke apa??