March 17, 2011

Nyaris-nyaris

Tadi tayar kereta gua pancit di highway. Tak tahu lah tergelek apa sampai pancit. Gua rasa misti geng2 tarik kereta atau geng tiup motor punya kerja tabur paku atas jalan. (kesian diaorang kene tuduh keh keh keh).

Gua pon berhenti tepi, tengok2 tayar mana yang pancit. Gua pegi belakang kuarkan tayar spare dan tools. Gua pacak sign emergency atas jalan. Posisi jalan agak bahaya juga. Gua nekad je tukar tayar. Tapi takut juga kalau kene sondol dengan orang yang tak bertanggungjawab. CUAK SIAK.

Gua berjaya tukar tayar dengan selamat. Tengah gua nak kemas-kemas barang, angkat tayar yang bocor tadi dalam kereta. KEDEGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!! gua dengar bunyi. Sial lah apa tu. gua jenguk-jenguk, ada kereta langgar devider jalan depan kereta gua. Gua tengok posisi kereta tu, gua pening kejap, dari mana datang kereta ni. Agak rapat juga dengan kereta gua. NYARIS-NYARIS juga gua kene sondol. Alhamdulillah masih panjang umur. Gua stop packing, pergi melawat kejap mamat tu.(sambil checkout number kereta 6659) Brader itu nampak ok. Boleh keluar kereta. Agak stabil juga. Tapi kereta dia. Perh! bumper terpelanting tengah jalan. Gua tolong alih2 kan bumper. Tak sampai 3 minit keadaan semakin riuh, ramai "call man" berhenti nak deal tarik kereta. Gua tgk brader kemalangan tu macam ok, gua pon sambung packing dan chow...

NGERI! kalau korang nak tukar tayar pancit, pastikan berhati hati.

March 15, 2011

Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Keh keh keh!

March 11, 2011