May 23, 2009

Awek Baju Biru Ep 4

Sambungan...

Sudah beberapa kali gua berjumpa dengan awek baju biru. Dan sentiasa berjumpa di 'spot' yang sama. Seperti sudah jadi rutin.

Pada suatu hari ini, dia berkata "Apa kata kita lepak kedai lain pulak?"
aku tercengang.. "tempat lain? kat mana? gua tadak hal.."
"mana lah. i naik kereta you, kita cari mana2 tempat." dia berkata.
dalam hati gua, minah ni pancing nak naik kereta gua ni. memula naik, lepas tu nak bawak pulak. lepas tu nak pinjam. lepas tu nak tukar nama... dan sebagainya.. gua dah paham sangat pompuan ni semua, mereka ada agenda mereka yang tersendiri. Gua harus berhati hati.
"arh, malas lah. lepak sini sudah laa.." gua terus reply. lagi pon ada kapak dan gergaji dalam kereta gua yang masih berlumuran darah, yang belom dicuci lagi. nanti kantoi.

Maka kita lepak sahaja di situ...bersambung..

2 comments:

Jimbo said...

muda2 dah gila. kesian...

Anonymous said...

bTol memAng PompUAn caMtu..
sKet2 die Guna Kita