May 12, 2009

Awek Baju Biru Ep 3

Gua hampir terlupa pasal sambungan cerita awek baju biru ni.



"eh hi, J***. That was fast." blur punya blur. Itu je reply gua kepada J. Dan kami pon saling membalas sms. I know .. sweet kan!!

Pada suatu hari kami pon berjumpa lagi. Tapi kali ini dengan temujanji. Lepak ngeteh petang je. di mamak area rumah gua. Gua pon cuci kereta, kasi kilat. ceyy semangat siot.

Bila jumpa, dia pon tegur. "kilatnya kereta!!" gua senyum malu. "tak adalah biasa je." jawab gua merendah diri. ehemm.. kitaorang pon lepak borak borak. Macam macam lah yang di borak kan.

Kampung mana?
dulu duduk mana?
kenapa pindah sini?
dah ada pakwe ke?
makanan kegemaran apa?
suka tengok bola?
team apa sokong? nasib baik bukan manu. kalau manu memang gua simbah kuah kari kat muka dia. delete no tepon. start enjin. bakar2. jalan.
suka tengok wayang tak?
musik jenis apa lu suka?
dan banyak lah...........sampai 6pm lebih2.

lepas tu.. "eh, dah kul 6. i nak balik la." dia cakap. "ha laa nak main bola ni" gua reply. kitaorang pon belah.

dia cakap. "bye, jumpa lagi?"
Gua reply. "haa. boleh. ajak ke bila2 kalau tak malu."
dia gelak je..

Bersambung lagi nanti....

1 comment:

HYKAL said...

seb bek lu sambung..
lama wa tunggu beb..