March 30, 2009

Awek Baju Biru Ep 2

Sambungan Episod 1





Awek baju biru datang dekat gua. Dengan senyum manis. bau wangi.. dia cakap "hi, u ada pen? i nak pinjam."

Aku cakap. "Pen tade la. No tepon ada. nak ke?" senyum lebar wa kasi. Awek tu tergelak je dan berlalu pergi.

Lepas habis buat transaksi kat mesin bank tu, gua pon ronda2 dalam bank tu cari awek tadi. dah hilang lagi awek tadi. aiseyman.. gua pon blah la pegi mamak sebelah bank tu. chill.

gua tau awek tu belah lagi pasal kereta gua block kereta dia baek punya, dia tak boleh keluar. so apa2 hal dia kene cari gua. ok kan strategi gua? gua pon chill punya chill awek tu tak muncul2. wa pon dah bedal pantal goyang jantan 2 keping. Gua pon belah.

Sampai kat kereta gua yang cute miut tu, tetiba awek tu muncul. dia tegur gua "ada pon u, ingatkan taknak alihkan kereta tadi."

Gua pon cakap "memang sengaja taknak alihkan pon." senyum manis wa kasi. "nak pegi mane ni? student lagi ke?" gua mengorak langkah kasi ayat power. kat tepi jalan pon sempat.

"hah? student? nak muda sangat ke. tak lah. nak pegi balik rumah. hari ni tak keje." awek tu balas.

fuh respon baek (dalam hati gua). "duduk dekat sini ke? tak biasa nampak pon." ceyyyyy steady la gua kan.

awek tu senyum "ye baru pindah sini. masih tak familiar lagi la area ni." dalam hati gua fuh ada can nak tunjuk area. "u dah lama duduk sini?" dia tanya gua.

"tak ada laa lama ada laa dalam 2-3 tahun." gua cakap. "kalau u takada buat apa2 sekarang, kita pegi minum nak?" ayat manis ala2 rempit siak.

"haa minum? mmmmm.. hari ni agak sibok la.. gimme your number nanti i text u k." fuh.. full respon. tapi gua rasa ini tektik biasa awek2 nak rejek laki. gua cool. gua kuar kan wallet mont blanc petaling street gua dan kuar kan kad. "ini kad i. tu number hp, rumah, fax, email pon ada. kalau nak ym pon bole."

awek baju biru pon beredar. gua pon start enjin kete katak gua yang comel tu, bakar2 sikit. gua pon jalan. zasss

tak lama lepas tu. gua dapat text msg. gua baca. "hi, I'm J*** tadi we meet at the bank. this is my number." alamak respon baik la. gua senyum lebar.

Gua tetiba macam excited. tak tau apa nak reply, blur pon ada. arhhhhhh.. stress sambung episod akan datang la..

5 comments:

vidadarisakura said...

next?



hee

J MAIDEN said...

aku xsuka laa sambung2 nih! cepat laaa.
dah la mula dari J pulak tu nama dia.
apa?
Joni?
Jane?
Juli?
Jeni?
tapi gerenti bukan Jude!!!

Anonymous said...

Jaja!

Modandi said...

sapa pulak jaja ni. :P

di harap semua pembaca bertenang. saya tengah cuba mengingatkan kembali kejadian penuh misteri ini.

budak sengaL`s said...

jula..
juli..
jubo..(hahahah yang ni x mungkin)
jiji..
jila..

hahah saspen sungguh cepat la sambung!