Tahu tak hari ini hari apa?
hari ini hari Khamis.
ada apa dengan Khamis?
Aku selalu terpikir macam mana orang kasi nama hari Khamis, Khamis.
kenapa tak kasi nama epal atau kuda atau jamal atau sebagainya.
kenapa?
Hari ini hari Jamal? Hari ini hari Epal? Hari ini hari Kuda?
wei besok hari Kuda la, ada cerita Bujang Lapok kat TV.
kelakar? pasal kita tahu Kuda itu binatang. Kalau aku tukar kepada perkataan yang tidak lagi penah orang guna, seperti Barigu. Hari ini hari Barigu. Tapi aku rasa ini bukan perkataan baru, dalam Bahasa Melayu mungkin baru. Tapi mungkin ada perkataan ini dalam bahasa lain. Mungkin bahasa suku kaum di Afrika. Jika ada, apakah maksud Barigu didalam bahasa suku kaum Afrika? Ingin tahu...
Banyak benda yang aku ingin tahu didunia ini.
Banyak persoalan bermain dalam kepala ini.
Banyak..
Tapi.
Lebih banyak yang aku tidak tahu dari apa yang aku tahu. Mungkin hanya 0.01 peratus sahaja perkara didunia ini yang aku tahu. Mungkin 10 peratus aku tahu. Mungkin 0.0009 peratus dari seluruhan perkara didunia ini yang aku tahu.
Tapi.
Aku tak tahu berapa seluruhan perkara yang ada didunia ini. Bagaimana boleh dianggarkan dalam peratus jika aku tidak tahu keseluruhan perkara. Bagaimana?
Terlalu banyak persoalan. Mengapa, bagaimana dan sebagainya.
Namun mengapa aku harus persoalankan perkara ini? Kenapa aku ingin tahu persoalan ini?
Aku pun tidak tahu..
Persoalan mengenai diri sendiri juga aku tidak terjawab. Apakanlagi persoalan didunia ini.
Mungkin ada yang akan menyuruh aku biarkan saja persoalan ini. Tidak perlu ambil tahu. Buat bodoh.
Tapi.
Kenapa wujudnya persoalan ini semua tetapi tidak perlu diselesaikan?
Soalan peperiksaan diwujudkan bukan untuk diselesaikan? Boleh kita buat bodoh apabila diberikan soalan peperiksaan? Boleh. Ada persoalan lain pula akan timbul. Mengapa buat bodoh bila dapat kertas soalan peperiksaan? dan sebagainya.
Mungkin tiada penghujung kepada persoalan.
Kenapa wujudnya 'noktah' untuk mengakhiri ayat jika tiada penghujung kepada persoalan.
Atau.
Aku hanya perlu buat bodoh juga.
Teruskan kehidupan tanpa menyelesaikan persoalan. Bolehkah aku hidup tenang jika tiada penyelesaian. Aku sendiri tidak tahu.
Tapi. Aku ingin tahu..
2 comments:
Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua
Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
lu skang geng dak emo ke apa?
Post a Comment