March 1, 2009

Nostalgia

Semalam gua lepak ngeteh dengan kawan sekolah yang sudah 10 tahun tidak jumpa. Dia ini rakan sama kelas. Kelas 4LK1 dan 5LK1. Punyalah lama tak jumpa, sekali jumpa banyak perkara yang kami sembangkan. Kebanyakan cerita pasal nostalgia zaman sekolah dan perkembangan rakan-rakan lain. Memandangkan sejak habis sekolah gua merantau keluar negara, maka gua antara rakan-rakan yang paling kurang 'keep in touch' dengan bekas rakan sekolah melainkan mereka aktif menggunakan internet.

Berbalik kepada cerita kawan gua ini. Dia sekarang seorang anggota polis bahagian 'Special Branch' lagi tu. Dalam hati gua masa dia cakap dia keje apa 'fuh.. kalau kene saman dah ada kebel'. Itu dalam hati sahaja, realitinya gua bukan jenis orang yang suka gunakan kebel2 ni semua. (cewah) Dia sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak lelaki berumur 2 tahun. Dia berkawin tahun 2006. Tak sangka kawan kelas gua yang dulu sama2 kaki rembat penunu bansen kat makmal jadi polis.

Sembang punya sembang, ceritalah pasal 'nickname' setiap budak kelas gua. Kelas gua tak ramai ada 14 orang shj kadang2 15orang, 4 cina 10 melayu. Kadang-kadang 15orang tu sebab kelas gua sering ada budak baru masuk tapi tak penah kekal lama, tak tahu apasal. Walaupun kelas gua sikit ada 14orang tapi kitaorg memang satu kepala. Kalau buat hal satu kelas misti terlibat. Kalau ponteng kelas, satu kelas misti ponteng. Tak ada terkecuali, mahu kene tumbuk rusuk kalau ada budak belot. Disebabkan kitaorang ni kamceng sangat tade peluang la nak tumbuk rusuk. So, kitaorang pon buat satu game 'Rusuk Mau Jaga'. Game ni objektif dia sapa leka memang rusuk kene tumbuk. Tapi ada syarat. Syaratnya kene ada tulis 'Rusuk On' dipapan hitam baru boleh tumbuk rusuk. Kalau tumbuk rusuk time 'Rusuk Off' memang kene royal rumbel la budak tu. Jadi, RUSUK MAU JAGA BRADER!! Pasal nickname tadi, misti luorang nak tahu kan? haha. Ada titanic, lapan, rompong, tembam, microfon, petak, chuel, pacak, blackmaria dan BJ. Ni nickname dak2 melayu je, dak cina punya gua dah lupa. Dari sinilah gua dapat nickname chuel. Apa itu chuel? luorang tak perlu tahu. Setiap nickname ini ada kaitan dengan ciri-ciri tuan punya nickname. Nickname member gua yang polis ni Lapan. Apasal lapan? Sebab hidung dia bentuk 8 disengetkan, tapi bila senget patut jadi infiniti kan, disebabkan infiniti ini bunyi macam cool sangat kitaorang sepakat panggil dia lapan.

Sembang punya sembang lagi, rupanya ada 2orang rakan sekelas gua adalah anggota polis. Sorang lagi dia anggota peronda federal highway. Dalam hati gua 'ini lagi kebel besar kalau kene saman'. haha

Kitaorang bercerita pulak pasal cikgu-cikgu yang pernah mengajar kitaorang. Ingat-ingat balik, gua ni nakal jugak rupanya. Luorang pernah tak bergurau baling-baling kapor dengan cikgu style ala2 Counter Strike? menyorok bawah meja konon take cover, ATTACK!! haha pernah? Ini bukan sebarang cikgu tau, ini cikgu HEM.


BERSAMBUNG..

3 comments:

Anonymous said...

wahaha ai laik ur stail lah.!
weh BJ??
is wat i think it is?
ahahahaahaha

Anonymous said...

BJ apa lagi blowjob ar. gua sekolah lelaki. nick je BJ tp tak penah BJ

Anonymous said...

ish sgt ekstremely lucah nick tuh