March 26, 2009

Awek Baju Biru

Aku ke bank tadi pagi. Pusing-pusing cari parking sampai minyak dah kelip. Makin kelip makin stress. So gua stop je depan bank. tunggu kalau ada orang keluar parking. Tunggu punya tunggu. tak ada kereta pon kuar. !&#!*^ gua maki sorang2.

Tiba-tiba ada amoi lintas jalan menuju kereta, gua pon start enjin, signal nak masuk. Amoi tu pon keluar. Gua baru masuk gear satu zap zap.. *^!!##! Cilakak tut tut tutt... gua maki lagi. Ada orang cilok parking spot gua. Gua dah panas. Gua terus stop belakang kereta tu. Driver kereta tu pon keluar buat muka tak bersalah. Gua tengok atas bawah. Cun jugak awek ni (dalam hati wa ckp) sejuk sikit hati aku... terus tak jadi marah. Gua pon dah malas nak tunggu parking. Gua biar ke kereta gua kat belakang kereta awek baju biru.

Gua keluar dari kereta tengok-tengok awek tu dah hilang. Baru ingat nak follow ke apa kan. Tanya jam pukul berapa ke apa. Gua pon buat bodo je la.. terus pegi bank. Sampai-sampai kat bank gua bukak la pintu. Tiba-tiba ada pulak manusia menyelit (lu ingat gua ni jaga pintu ke apa bukak kan utk lu.. dalam hati je laa.) Gua tengok-tengok rupa nya awek baju biru tadi. dia ni nak tarik perhatian gua ke apa. tadi dah cilok parking spot gua. ni pintu pon nak selit. Gua tengok dia atas bawah. dia tengok gua balik.. Gua pon senyum dengan senyuman aset gua yang paling manis...

Awek baju biru tu senyum balik. fuh ada respon.. dia datang dekat kat gua.. dan bersambung di episod akan datang...

3 comments:

HYKAL said...

menarek2

Juliana Edgar said...

Cepat sambung!

Modandi said...

sabor! ada 2-3 cita bersambung tak sambung sambung lagi. haha