Baju hitam full dari top ke bottom. Boot besi, M16 silang dibahu. Bom grenade di pinggang. Bergerak masuk berkumpulan ke dalam hutan tropika Laos. Musuh dihadapan, puak militan Laos. Hanya seorang gadis bersenapang patah, tetapi memakai kit first ad didada. Suspek anggota medik pihak musuh. Hendap senyap merapai musuh di atas bukit. Pisau rambo ditangan terus hinggap ke leher dan menutup mulotnya suruh diam. Matanya liar mencari sesuatu dan panic. Nyaris-nyaris terkelar lehernya.
Di bawa gadis medik ini ke rumah persembunyian tidak jauh dari situ untuk menjahit luka rakan di rusuk. Cantik juga gadis ini dan wangi. Gadis itu menjahit tenang. Rakanku terjerit-jerit kesakitan dijahit tanpa bius. Tiba-tiba pintu bilik persembunyian diketuk. 'Tuk tuk tuk'. Kami panik seketika mencapai M16 masing-masing. Mengambil posisi masing-masing. 'Tuk Tuk Tuk' diketuk lagi. Kami stanby.
'DUSH!' pintu di tendang pecah.
Kami terus menembak rakus. 'tututututututuut tututututuutututut' kerarah pintu. Tiba-tiba bom dicampak kedalam bilik. Gadis itu melompat kearahku lantas terus memelukku.
KEBABUMMMMM...
Tidak sempat aku berbuat apa-apa.. terus aku terjaga dari tidur. 'laaa mimpi rupanya..' termenung aku selepas terjaga memikirkan siapa gadis rupawan didalam mimpiku sebentar tadi. Mungkin ini petanda aku akan bertemu seseorang? Dalam hati frust 'tak sempat nak jadi hero.. kalau tak kene bom misti dah... arhh tido balik la.'
1 comment:
selamat menjumpa orang..
hee
Post a Comment