Terpanggil aku untuk tulis pasal Earth Hour. Dah lama tahan tak nak tulis tapi tak bole tahan, terpaksa luahkan jugak. Pastinya ramai orang tahu apa bende ni kan.
Pada 28/3/2009 semua orang disarankan untuk berhenti menggunakan peralatan elektrik atau apa-apa yang mengeluarkan tenaga haba selama 1 jam dari 8-30pm hingga 9.30pm.
Tapi...
Kenapa 28/3/2009?
Kenapa 1 jam sahaja?
Kenapa tidak sekarang?
Kenapa tidak 5 tahun lepas?
Nak kene promote sana sini baru korang nak ikut ye? konon cool ye? cool kakak kau!
kalau nak selamatkan orang tengah lemas kene tunggu sesuatu tarikh atau masa untuk selamatkan? "Jap bang lagi 3 hari saya datang balik selamatkan abang ok. abang jangan pegi mana2 tau!" memang mampos la orang tu.
Jadi kenapa bumi yang kita pijak, yang kita hidu udaranya, yang kita minum airnya, yang kita guna sumber aslinya, yang banyak berjasa kepada kita semua ini perlu tunggu sehingga 28/3/2009 dan hanya 1 jam sahaja untuk kononnya diselamatkan? JAWAPLAH!
Memang bagus Earth Hour ni, aku tak nafikan. Menyedarkan semuaorang tentang pentingnya bumi ini. Tapi usaha lebih banyak kearah mempromosikan Earth Hour daripada usaha menyelamatkan bumi. Kenapa tidak pada setiap malam mereka semua yang kononnya support Earth Hour ini mulakan menutup lampu dan sebagainya untuk menunjukkan komitmen mereka sementara menunggu 28/3/2009? Dah lebih sebulan Earth Hour ini di promosikan kenapa tidak mulakan serta merta? Pasti lebih banyak tenaga haba dapat dijimatkan. Sebok sangat nak tunggu 28/3/2009 apasal???!!!
Bukan mustahil jika kita mencuba, ada akal gunakan untuk mencari alternatif.
Dulu aku tak reti tutup PC aku ni on sahaja 24/7. Tapi sejak setahun lepas, aku off bila tak guna. Aircond pon dah lama tak guna. Kipas pon jarang-jarang guna, lagi pon aku tinggal kat tingkat 9 angin banyak. Kira-kira balik mungkin aku dah jimat 50% bil elektrik aku mungkin lebih, tapi berapa aku jimat tu tak penting, yang penting apa yang aku dah cuba buat.
Aku dah buat apa yang aku mampu dan mungkin ada lagi yang aku akan lakukan. Anda bila lagi?
7 comments:
tgh buat nih!
hheheee
betuLx3..
taPi wa peLupa LA..
sLAlu luPE tuP laMpu bIliK aiR
malam2 lampu tutup kalau tgh men komputer.
aku xmain elektrik gitar, kapok je.
aku xsuka mandi lame2. jimat air la tu kan.
oneluv, tengah buat. tepi tak buat? haha
hykal, macam mane lu tulis besor kecik ha ada software ke apa?
maiden, lagi apa lagi???
brani tukar enjin solar la keta katak lu....
kalau ada enjin solar utk beetle gua mmg dah tukar!
"Kira-kira balik mungkin aku dah jimat 50% bil elektrik aku mungkin lebih, tapi berapa aku jimat tu tak penting, yang penting apa yang aku dah cuba buat."
setuju sama kamu... apa yg ptg ialah apa yang kamu dah cuba buat.. :)
Post a Comment