Sempena semalam aku stuck dalam jam selama 2-3 jam di ldp aku teringat satu cerita masa aku kat j.b, aku tengah lalu jalan skudai tuh, sekali jam gila, aku dengan sorang member nih, so memang jam gila lah jalan tuh, tension nih.
Jadi aku dah macam "Something really really cool better be happening in front causing this jam, if not this stupid fucking jam won't be worth it", cakap b.i lah pulak, jadi maka, memang aku mengharapkan macam lori terplelanting pastuh dia macam cucuk jalan dan berdiri tegak, ataupun ada awekz eksiden, pastuh masa awekz tuh nak keluar dari kereta baju semua serentak terkoyak, teros tinggal baju dalam je, pastuh semua orang berhenti, takpun ada female nudist demonstrasi ke, takpun ada awek yang bogel tengah jalan tanpa sebab, bende bende mulia macam tuh ah, dan aku juga menambah yang "Aku akan bengang kalau sejam aku traffic jam kat sini, sekali tengok depan tuh polis ke jpj ke tengah buat road block, memang tak berbaloi, dan memang bodoh, tak praktikal, dan sangat inconvenient, serta tak berapa best yeehaa"
Dan setelah hampir sejam dalam traffic jam, aku sampai ke tempat yang menyebabkan jam.
Tak, memang bukan polis tengah buat road block, kalau tak, dah tentu aku bengang.
Ye, aku lagi bengang dari bengang.
Elok-elok aku sampai je kat tempat tuh, polis baru habis buat road block, dia tengah angkat angkat kon dengan slow motion. ARGKhhkgkhghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Aku rasa kalau kena road block pun ada lah sedikit lapisan berbaloi walaupun sehalus kapas. Aku nak je keluar pastuh cakap kat polis tuh "bang tolonggglah tahan saya bang, tolonggggglah, kasilah berbaloi sikit saya tunggu berjam jam dalam jam nih, arghhhhhh tolonggg ahhhh tolongggg, tadi sambil drive saya main sms, pastuh pulak, saya pakai seat belt, tapi tak buckle, sebab tak muat, tolongggg ah tahan saya tolonggg ah, saya pemandu tak berhemah bang, kadang-kadang masa kat tol kat penchala link tuh, saya buat wheelie dua tayar, lepas tuh passenger saya keluar dan seret helmet dia kat lantai sampai berapi bang, tak caya saya buleh tunjuk sekarang, tapi kena amik step dulu ah, apa-apa tolonglah jadikan insiden trafik jam nih berbaloi buat saya"
Argkhhhhhhhh. Maghah, maghah.
No comments:
Post a Comment